fbpx

EPL: Marcelo Bielsa calon ganti Lampard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIELSA sudah mengadakan rundingan bersama pemilik kelab mengenai jawatan pengurus baharu Everton. - AFP

LIVERPOOL – Bekas pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa dilaporkan menjadi pilihan utama Everton untuk mengemudi pasukan itu selepas mereka membuat keputusan memecat Frank Lampard.

Lampard dilepaskan daripada tugasannya awal pagi semalam selepas 357 hari bertindak sebagai pengurus pasukan berkenaan ketika Everton berada di kedudukan ke-19 saingan Liga Perdana Inggeris sekali gus menjadi prestasi paling buruk kelab itu apabila hanya mengutip 15 mata daripada 20 perlawanan.

Bielsa yang meninggalkan Leeds musim lalu dilaporkan sudah mengadakan perbincangan bersama pemilik Everton, Farhad Moshiri untuk mengetahui mengenai perancangan kelab itu terutama mengenai perpindahan pemain ketika jendela bakal ditutup dalam tempoh seminggu lagi.

Menurut sumber kelab berkenaan, mereka percaya pelantikan Bielsa adalah tepat berdasarkan reputasinya, falsafah bola sepak dan gaya permainan yang mampu mengubah nasib The Toffees untuk baki separuh lagi musim.

Lampard gagal mempertahankan jawatannya selepas pasukan itu tewas lapan daripada sembilan aksi terakhir memaksanya dan barisan kejurulatihan, Joe Edwards, Chris Jones, Paul Clement dan Ashley Cole meninggalkan Goodison Park.

“Semua orang di kelab ini mahu mengucapkan terima kasih kepada Frank dan barisan kejurulatihannya selepas memberikan khidmat selama 12 bulan yang cukup mencabar.

“Komitmen yang diberikan oleh Frank dan stafnya sangat dihargai oleh kelab ini. Namun, keputusan dan kedudukan semasa kelab dalam saingan liga menyebabkan keputusan berat ini terpaksa dilakukan,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh Everton.

Everton dikaitkan dengan beberapa nama lain yang mungkin akan mengisi kekosongan ditinggalkan Lampard termasuk Sam Allardyce, Sean Dyche, Wayne Rooney selain turut berminat untuk mendapatkan sentuhan Mauricio Pochettino. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI