fbpx

Arab Saudi sedia terima 2 juta jemaah haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bilangan jemaah haji tahun ini adalah sama seperti ketika sebelum pandemik Covid-19. – Saudi Gazette

RIYADH – Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq Al-Rabiah mengumumkan bahawa kerajaan Arab Saudi bersedia menerima seramai dua juta jemaah untuk musim haji tahun ini, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Beliau berkata, angka tersebut menyamai  bilangan jemaah haji yang diterima sebelum pandemik Covid-19.

Tambahnya, kementerian berkenaan dan semua agensi berkaitan haji dan umrah akan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan logistik terbaik untuk semua jemaah dalam cara yang menjamin penjimatan masa dan usaha.

Beliau turut merujuk kepada kepelbagaian perkhidmatan disediakan oleh platform Nusuk dalam cara yang dapat menambah baik pengalaman jemaah ketika berada di Arab Saudi, terutamanya selepas mereka memanjangkan tempoh visa dari 30 kepada 90 hari.

Ia sekali gus membolehkan umrah dilaksanakan menggunakan semua jenis visa dan mengurangkan kos insurans yang komprehensif. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI