fbpx

Trafik perlahan menuju ke Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini trafik di Gua Tempurung, Perak.

PETALING JAYA – Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) melaporkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh Raya Utara-Selatan mengalami kesesakan ketika ini.

Di lebuh raya KLK ketika ini, trafik masih perlahan menuju arah barat ke Kuala Lumpur terutamanya di persimpangan Karak ke Lentang, Pahang.

Kesesakan turut berlaku dari Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Plaza Tol Gombak.

Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan dari arah utara menuju ke selatan, kesesakan turut berlaku di beberapa kawasan terutamanya dari Sungai Petani Utara ke Bertam dan Permatang Pauh ke Perai.

Selain itu, aliran trafik turut sesak dari Ipoh Utara ke Simpang Pulai, Gua Tempurung ke Tapah, kawasan rehat dan rawat (R&R)Tapah ke Bidor sehingga Sungkai serta dari Tanjung Malim ke Rawang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI