fbpx

Kereta, trak pikap paling banyak terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 1,312 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari keenam pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, jumlah kemalangan itu melibatkan sebanyak 1,603 kenderaan pelbagai jenis.

Katanya, jumlah tertinggi mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta mencatatkan 72.36 peratus iaitu sebanyak 1,160 buah.

Infografik kemalangan. – IHSAN PDRM

“Diikuti pacuan empat roda mencatatkan 13.10 peratus daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 210 buah terlibat kemalangan di seluruh negara, semalam.

“Jenis kenderaan selebihnya terdiri dari motosikal sebanyak 184 buah,lori (19), bas (5), van (19), teksi (empat) manakala basikal dan kereta peronda polis masing-masing mencatatkan (satu)” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, aliran trafik di tiga lebuh raya utama pada hari ini dijangka akan sesak sehingga malam susulan jumlah trafik yang berada di atas lebuh raya kini sudah mencapai lebih 1 juta.

Bagaimanapun, jangkaan trafik yang akan memenuhi Lebuh Raya Utara-Selatan adalah sebanyak 2 juta, diikuti Lebuh Raya Karak Kuala Lumpur (KLK) (200,000) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) (150,000). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI