fbpx

Hujan berterusan, 4 sungai di Johor kekal melebihi aras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Empat sungai di Johor dilaporkan masih melebihi aras bahaya berikutan hujan berterusan yang diramalkan berlaku sehingga esok.

Menerusi laman Facebook Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), aras air di Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang telah melebihi tahap bahaya iaitu sebanyak 1.23 meter (m).

“Sama juga seperti di Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat dimana ia telah melebihi aras bahaya iaitu sebanyak 0.79 m, manakala Sungai Gemas di Kampung Lubok Kepong, Segamat telah melebihi 0.49 m dari aras bahaya.

“Trend paras air ketiga-tiga sungai tersebut menunjukkan peningkatan menaik setakat pukul 8.15 malam tadi,” katanya.

Tambah JPS, Sungai Segamat di Segamat Kecil, Segamat juga telah melepasi aras bahaya iaitu 0.76 m namun menunjukkan trend penurunan.

Sementara itu, JPS berkata, tiga sungai di negeri yang sama telah melepasi tahap amaran iaitu Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai, Kampung Parit Tengah, Muar, dan Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat.

Ujarnya lagi, di Pahang, situasi sama turut dilaporkan di Sungai Pukin, Rompin dan Sungai Keratong di Jambatan Bahau, Keratong, Rompin dimana aras air telah melepasi tahap amaran.

“Aras air di beberapa sungai di Selangor iaitu Sungai Klang, Bandar Klang dan Pekan Tanjung Karang, Kuala Selangor juga telah melebihi aras amaran.

“Diikuti dengan Kedah (Sungai Anak Bukit, di Jambatan TAR Kota Setar), Negeri Sembilan (Sungai Gemas di Kampung Tiong Tampin) dan Sarawak (Kuala Balingian, Mukah dan Mid Sungai Kuap, Samarahan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI