fbpx

Enam cedera, bas persiaran rempuh belakang Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Myvi dan bas persiaran terbabit selepas rempuhan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Razak Lebuh Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA – Enam individu termasuk dua warga emas cedera selepas terlibat dalam nahas membabitkan sebuah bas persiaran dan tiga kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat Jalan Tun Razak Lebuh Ayer Keroh, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.08 petang itu, kesemua mangsa berusia antara 23 hingga 64 tahun dikejarkan ke zon kuning dan hijau Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kemalangan berlaku apabila bas persiaran Panaroma terbabit yang dalam perjalanan dari Pusat Bandar menghala ke Ayer Keroh tiba-tiba merempuh belakang sebuah Perodua Myvi.

“Rempuhan itu menyebabkan Myvi terbabit terlajak melanggar bahagian belakang sebuah Nissan Almera yang kemudian menghentam kenderaan pelbagai guna (MPV) Hyundai Starex di hadapannya.

“Akibat nahas itu, dua wanita penumpang bas, pemandu dan penumpang Myvi serta Nissan Almera mengalami kecederaan termasuk di bahagian perut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, pemandu bas terbabit yang berusia 50 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan mendapati ketika kejadian cuaca baik, manakala jalan adalah lurus dan rata. Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI