fbpx

Anwar tiba di Brunei untuk lawatan rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketibaan Anwar di Brunei disambut oleh Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah. - IHSAN PMO

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di Bandar Seri Begawan, Brunei pukul 3.15 petang tadi bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke negara itu.

Ketibaan beliau dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, disambut mesra Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Anwar yang menerima sambutan rasmi turut diberi penghormatan memeriksa perbarisan kawalan kehormat yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Delegasi Perdana Menteri turut disertai Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.

Anwar dan isteri kemudiannya berlepas ke hotel penginapan, sebelum dijadual menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei, malam ini.

Perdana Menteri dijangka akan menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bagi mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman dan membincangkan pelbagai isu yang menyentuh kepentingan kedua-dua negara.

Selepas pertemuan tersebut, Anwar dijadualkan akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bakal ditandatangani antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Lembaga Pelaburan Brunei (BIA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI