fbpx

Aksi budak keluar kepala ikut ‘sunroof’ di lebuh raya disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang tular tentang kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Subang Jaya menghala ke Bukit Lanjan, petang semalam.

PETALING JAYA – Aksi berbahaya seorang kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui ‘sunroof’ sebuah kereta di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) dari Subang Jaya menghala ke Bukit Lanjan, disiasat polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan satu video tular berdurasi sembilan saat di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun Twitter @nabilahroslan, awal pagi tadi.

Katanya, video tersebut memaparkan sebuah kereta jenis Proton X70 berwarna merah yang berada di lorong paling kanan bersikap cuai terhadap penumpang kanak-kanak di dalam kenderaan terbabit.

“Rakaman video yang tular itu memaparkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui ‘sunroof’ ketika berada di atas lebuh raya dan kejadian didapati berlaku semalam sekitar pukul 1.15 petang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Fakhrudin, kes akan disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan dan pihaknya menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan tindakan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Pemandu kereta terlibat dan mana-mana saksi yang melihat kejadian diminta tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan di balai berhampiran atau berhubung terus dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof Hamzah di talian 011-23965984,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI