fbpx

4 sungai di Johor lebihi aras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran bahaya paras air bagi empat sungai di Johor, pada pukul 2.30 petang tadi.

Menerusi laman Facebooknya, JPS berkata, aras air di Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat telah melebihi tahap bahaya iaitu sebanyak 0.33 meter.

“Sama juga seperti di Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang, dimana ia telah melebihi aras bahaya iaitu sebanyak 0.67 meter.

“Trend paras air kedua-dua sungai tersebut menunjukkan peningkatan menaik berikutan hujan berterusan yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia),” katanya.

Tambahnya, dua sungai lain di negeri itu iaitu Sungai Gemas di Kampung Lubok Kepong, Segamat dan Sungai Segamat di Segamat Kecil, Segamat juga telah melepasi tahap bahaya namun menunjukkan trend penurunan.

Sementara itu, tiga sungai di Johor telah melepasi tahap amaran iaitu Kampung Parit Tengah, Muar, Sungai Labis di Kampung Gatom, Segamat, dan Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat.

Paras air di Sungai Pukin, Rompin, juga turut menghadapi situasi yang sama, dimana arasnya telah melepasi tahap amaran.

Amaran bahaya dikeluarkan apabila aras air sungai mula melimpah dan boleh menyebabkan banjir. Perpindahan perlu dilaksanakan jika perlu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI