fbpx

Treler bawa tong gas terbalik, laluan ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah treler membawa lebih 500 tong gas terbalik di Kilometer 17, Jalan Bahau - Rompin, di sini, tengah hari tadi.

JEMPOL – Sebuah treler membawa lebih 500 muatan tong gas terbalik di Kilometer 17, Jalan Bahau – Rompin, di sini pukul 12.25 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku semasa pemandu treler berkenaan membawa muatan tong gas kosong dalam perjalanan dari Bahau menghala ke depoh Melaka untuk pengambilan gas.

Menurutnya, sebaik tiba di selekoh lokasi kejadian, pemandu tersebut dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga memasuki laluan bertentangan dan terus melanggar tebing jalan lalu terbalik dan melintang di tengah jalan.

“Dalam kejadian itu juga semua muatan tong gas kosong bertaburan di atas jalan dan pemandu tersepit di bahagian hadapan kenderaannya.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba yang tiba di lokasi dan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa berusia 45 tahun dipercayai patah tangan kanan dan kaki kanan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mohd Farid Mohd Desa pula berkata, pasukannya mengambil masa yang agak lama untuk membawa mangsa keluar berikutan kenderaan tersebut sudah terhimpit ke tebing.

“Kami menunggu kren terlebih dahulu dan mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dalam keadaan sedar pada pukul 3.10 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI