fbpx

PM ziarah sahabat lama hidap angin ahmar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) beramah mesra bersama Mohammed Yussof di Kampung Bonggol hari ini.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi sahabatnya, Datuk Mohammed Yussof Abd Latiff, 84, di Kampung Banggol, Kepala Batas di sini petang tadi.

Anwar yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di kediaman Mohammed Yussof pukul 5.51 petang.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit bertanya khabar dan berkesempatan minum petang bersama bekas Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang itu.

Mohammed Yusof yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua ternyata teruja dengan kehadiran sahabat lamanya yang pernah bersama-sama aktif berjuang dalam ABIM pada tahun 1970-an.

Beliau yang diserang angin ahmar bahagian kanan tubuhnya sejak 30 tahun lalu berkata, kesudian Anwar menzirahinya amat dihargai.

“Saya bersyukur kerana ingatan masih kuat, bak kata orang sini ‘tak gelong lagi’, jadi boleh bersembang macam biasa.

“Beliau (Anwar) sempat berpesan kepada saya supaya selalu bersabar dan sentiasa mengingati Allah SWT malah kita sebagai orang Islam perlu ingat, dari Allah kita datang dan KepadaNya jua kita kembali

“Saya doakan beliau akan terus berkhidmat untuk kita semua kerana kebijaksanaan beliau diperlukan semua terutamanya dunia Islam, Insya Allah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Mohammed Yusof juga adalah bekas pengetua pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Irshad dan memegang jawatan itu daripada tahun 1977 sehingga 1983.

Selain itu, beliau turut memegang jawatan sebagau ADUN Sungai Dua dari tahun 1990 sehingga 1995.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI