fbpx

PM tidak lupa orang Permatang Pauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar hadir program Minum Petang Bersama Rakyat di Lembah Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah melupakan Permatang Pauh walaupun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sejak hampir 10 tahun lalu.

Menurutnya, walaupun pernah bertanding di Parlimen Port Dickson dan kini menjadi Ahli Parlimen Tambun, asas kekuatan PKR khususnya tetap berada di Permatang Pauh.

“Walaupun diuji sekali (terlepas kerusi Permatang Pauh kepada Perikatan Nasional atau PN), Insya-Allah kita akan tawan semula.

“Yang penting adalah, kalau kita diberi amanah, kita kena pikul. Tak payah layan kerenah semua. Ini kita tak ambil gaji pun dia (pembangkang) marah, ambil gaji dia kata (gaji) tinggi sangat. Inilah masalah orang politik,” katanya pada program Minum Petang Bersama Rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR yakin bahawa Permatang Pauh masih menjadi kubu kuat untuk gerakan reformasi negara walaupun kawasan Parlimen itu kini milik pembangkang.

“Saya sebenarnya seronok betul dapat balik ke Permatang Pauh ini. Memang tak boleh lupa kerana terlalu lama (di Permatang Pauh). Jatuh, bangun di sini walaupun kita faham kadang-kadang ada ‘ruang’ (masalah atau kelompongan) dalam tempoh itu.

“Justeru, kita kena bagi peluang kepada anak muda untuk ikuti perkembangan yang sebenar,” katanya yang mengulangi hasrat untuk menawan semula kawasan berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI