fbpx

[VIDEO] Netizen puas hati, cubaan pemandu culas tol digagalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular cubaan kereta culas tol digagalkan

PETALING JAYA – Orang ramai berpuas hati melihat taktik yang digunakan seorang pemandu yang berjaya menggagalkan cubaan culas tol.

Melalui rakaman papan pemuka yang dikongsikan @AsyrafRosli_ di Twitternya, kejadian tersebut dipercayai berlaku Disember lalu mengikut tarikh pada video tersebut.

Menerusi video itu, pada awalnya, sebuah kereta di belakang pemilik video papan pemuka itu mula ‘cucuk’ kenderaannya dipercayai bertujuan untuk culas bayaran tol.

Pemandu yang berada di hadapan enggan membuat bayaran tol meskipun dihon berkali-kali pemandu yang mengikutinya rapat bagi menunggu masa sesuai untuk membuat bayaran.

Selepas pemandu di belakangnya tidak puas hati dan ingin keluar dari kereta, pemandu di hadapan itu dengan cepat membuat bayaran tol sekaligus mengagalkan cubaan culas tol pemandu di belakangnya.

Rata-rata komen pengguna Twitter berasa kag dengan tindakan pemandu yang berjaya gagalkan cubaan culas tol itu.

“Ohh, macam ini cara untuk halang kereta tak mahu bayar tol terlepas, terima kasih bro,” kata @KarlParkHyun

“Nak buat tak berani, takut dia ganggu kita atas lebuh raya lepas dia (pemandu di belakang) berjaya bayar tol,” kata @raaaapotato.

“Kenapa ada orang macam ini? memang tak ada duit ke? geram betul,” kata @fellenwort.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI