fbpx

Lelaki mengamuk bersenjatakan batu bata diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang lelaki menggunakan batu batu untuk memecahkan cermin kereta yang dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, di sini.

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur sedang giat mengesan individu yang dipercayai bertindak memecahkan cermin kereta menggunakan batu bata di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, di sini.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan di Facebook berkata, Individu terbabit serta pemandu kereta yang merakamkan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan.

“Tindakan memanggil kedua-dua individu adalah untuk memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan.

“Tempat kejadian dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100, Kepong, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Kepong di talian 03-62742312, atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di talian 03-40482222. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI