fbpx

Enam negeri dijangka berdepan banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Enam negeri berkemungkinan berdepan banjir kilat dalam tempoh 24 jam berdasarkan notis dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hari ini.

JPS dalam kenyataannya berkata, Di Johor, beberapa kawasan berisiko terjejas di daerah Batu Pahat, Kota Tinggi, Muar, dan Pontian.

“Di Melaka, daerah yang berisiko banjir kilat ialah di Melaka Tengah dan Jasin Manakala di Pahang membabitkan daerah iaitu Termerloh, Bera dan Maran.

“Di Selangor pula membabitkan beberapa kawasan di daerah Klang, Petaling dan Kuala Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, di Negeri Sembilan membabitkan beberapa kawasan di daerah Jelebu, Jempol dan Tampin diikuti Sarawak, meliputi daerah Kuching, dan Samarahan.

“Notis yang dikeluarkan pada pukul 4 petang tadi itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

“Terdapat risiko banjir kilat di beberapa lokasi di negeri terbabit jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10000 milliseconds with 0 bytes received