fbpx

Anju, Elzey bertunang padam spekulasi sudah kahwin senyap-senyap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tiada lagi teka-teki, Zarina Anjoulie kini selamat bergelar tunangan kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khazrul Elzey dalam majlis tertutup yang diadakan semalam.

Zarina atau mesra disapa Anju

berkongsi detik bahagianya  menerusi Instagram dan TikTok sambil menunjukkan cincin pertunangan.

“Akhirnya, awak hampir menjadi milik saya. Terima kasih Allah atas segala-galanya),” kongsi pelakon sensasi itu sambil mempamerkan jari manisnya yang sudah disarung cincin.

Majlis pertunangan yang diuar-uarkan dalam media sosial itu sekali gus memadamkan spekulasi mereka sudah berkahwin secara rahsia.

Pada masa sama, pelakon berusia 35 tahun itu turut meluahkan kesyukuran atas kelancaran majlis tersebut selain gembira dikurniakan ahli keluarga baharu.

“Syukur alhamdulillah untuk hari ini. Sayang keluarga baru saya,” tulisnya yang turut berkongsi video majlis itu di TikTok.

Terdahulu, biarpun tidak mendedahkan tarikh disatukan, majlis pernikahan pasangan tersebut dikhabarkan bakal berlangsung pada Mac ini.

Sebelum ini pelakon Hantu Kuat Ketawa itu telah menempah persalinan pengantin, malah bakal suami juga turut membeli rumah baharunya,

Menerusi perkahwinan terdahulu Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul dikurniakan seorang anak lelaki.

Sebelum ini, Anju dan Elzey yang berstatus duda didakwa sudah berkahwin secara rahsia selepas tampil mesra dan membahasakan satu sama lain sebagai papa dan mama.

Pada awal perhubungan Zarina memperkenalkan Elzey sebagai guru renang anak lelakinya, namun hubungan mereka berdua tidak lagi rahsia selepas kerap memuat naik video mesra dalam laman sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI