fbpx

Suami isteri pecah kereta beli dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jumlah barangan rampasan dianggarkan bernilai RM20,000.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri penganggur disyaki terlibat dalam kes kecurian barang dalam kenderaan gara-gara ingin membeli dadah, berjaya diberkas polis semalam.

Penahanan dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya susulan laporan dibuat oleh seorang pemilik kereta yang kehilangan telefon pintar dan sebuah beg berjenama mengandungi dokumen penting di Taman Bukit Teratai, pada 17 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki tempatan berusia 40 tahun dan wanita tempatan berusia 45 tahun kemudiannya berjaya ditahan di Taman Tasek Tambahan, Ampang, petang semalam.

“Pihak polis telah merampas sejumlah telefon bimbit, cermin mata, kamera, topi, beg tangan wanita, beberapa abu rokok kereta, jam tangan, minyak wangi, kad bank, kad Touch ‘n Go, dan kasut pelbagai jenama yang semuanya dianggarkan bernilai lebih RM20,000.

“Siasatan mendapati hanya suspek lelaki aktif melakukan jenayah ini berseorangan melibatkan tujuh kes di daerah Ampang Jaya manakala suspek wanita tahu mengenai kegiatan jenayah suaminya.

“Hasil curian tersebut digunakan untuk perbelanjaan harian dan membeli dadah bersama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Farouk berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Saringan ujian air kencing ke atas mereka juga positif dadah jenis Methamphetamin, Amphetamine dan Morphin,” katanya.

Sementara itu, Farouk menjelaskan bahawa modus operasi suspek adalah menyasarkan kenderaan yang diparkir di tempat sunyi dan mengumpil pintu kereta tersebut.

Kedua-dua tangkapan telah dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini bagi reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI