fbpx

Pelanggan Netflix melonjak, CEO letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hastings menamatkan kepimpinan beliau selama dua dekad. - AFP

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Syarikat penstriman video gergasi Amerika Syarikat (AS), Netflix mengumumkan mempunyai lebih 230 juta pelanggan global setakat akhir tahun lepas.

Jumlah langganan itu mengatasi jangkaan penganalisis apabila siri komedi disukai ramai seperti Wednesday dan dokumentari Harry & Meghan menarik penonton-penonton baharu.

“2022 adalah tahun yang sukar dengan permulaan tidak menentu tetapi penamat yang lebih baik,” kata syarikat itu dalam pengumuman pendapatan suku keempatnya, kelmarin.

Netflix berjaya menarik seramai 7.7 juta pelanggan baharu dalam tempoh tiga bulan, menjadikan pelanggannya di seluruh dunia sebanyak 230 juta orang.

Dalam pada itu, Netflix turut mengumumkan peletakan jawatan pengasas bersama syarikat itu, Reed Hastings, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sekali gus menamatkan kepimpinan beliau selama 25 tahun.

Tempoh tersebut menyaksikan Netflix berkembang daripada perkhidmatan cakera video digital (DVD) sewa kepada gergasi hiburan.

Hastings menyerahkan kepimpinan Netflix kepada dua sekutu lamanya iaitu Ketua Pegawai Operasi, Greg Peters dan Ted Sarandos. Mereka turut dinamakan sebagai CEO bersama.

“Lembaga pengarah telah membincangkan perancangan penggantian ini selama bertahun-tahun” kata Hastings dalam catatan di blog miliknya.

Menurutnya, beliau akan memegang jawatan baharu sebagai Pengerusi Eksekutif dengan menyatakan ia adalah peranan yang sering diambil oleh pengasas gergasi teknologi dengan menggunakan Jeff Bezos dari syarikat peruncitan online, Amazon dan Bill Gates daripada Microsoft sebagai contoh. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI