fbpx

Harga rumah puluhan juta? Saya belum mampu – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alhamdulillah rezeki Tokti dapat beli rumah di Dubai.

PETALING JAYA – Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan spekulasi mengenai pembelian sebuah kediaman mewah di Dubai seperti yang dikongsikannya dalam Instagram sebelum ini.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 44 tahun itu menafikan harga kediaman jenis kondominium itu bernilai puluhan juta ringgit seperti yang dikatakan segelintir pihak.

“Harganya tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Saya belum mampu lagi untuk miliki kediaman dengan harga sebegitu.

“Semua orang ada impian dan itu (kediaman) merupakan antara impian saya. Saya anggap pembelian hartanah itu adalah sebagai satu pelaburan,” Katanya.

Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata itu lagi, antara tujuan dia membeli kediaman di Dubai kerana bercadang untuk mengembangkan perniagaan miliknya di negara Timur Tengah kerana melihat potensi yang ada.

Bahkan Siti juga melihat Dubai sebagai sebuah negara Islam contoh kerana membangun dengan pesat dan maju.

“Saya bercadang ingin mengembangkan perniagaan di Timur Tengah.

“Itu memang antara impian yang saya rancang. Saya suka dengan Dubai kerana menjadi contoh sebagai sebuah negara Islam yang pesat membangun,” jelasnya.

Namun Siti ketika ditemui pada majlis sambutan ulang tahunnya yang ke-44 dan penubuhan kelab peminat, Sitizoners yang ke-19, di Magica Banquet Hall, di sini, sebentar tadi tidak bercadang untuk berhijrah ke Dubai dan menjalani kehidupan di sana bersama keluarga.

Pada penghujung Disember lalu, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin berkongsi beberapa video menunjukkan kawasan kediaman jenis kondominium yang dibeli di The Address, Dubai Mall.

Alhamdulillah,” luah pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu menzahirkan rasa syukur atas kurniaan terindah yang diterima sebelum menutup tirai 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI