fbpx

Drama Projek: High Council bikin mereman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARU memasuki episod kedua, Projek: High Council menerima respons luar biasa peminat drama Melayu kerana mengetengahkan jalan cerita menarik.

SELEPAS kejayaan drama Projek: Anchor SPM, pengarah terkenal, Anwari Ashraf muncul pula dengan drama terbaharu Projek: High Council.

Mengetengahkan sisi gelap kehidupan pelajar sekolah berasrama, naskhah yang baru dua episod ditayangkan itu sudah berjaya menambat hati penonton sehingga tular dalam media sosial.

Dibintangi Nadhir Nasar, Mierul Irfan dan Naim Daniel, naskhah berkenaan mengisahkan ‘cara hidup’ di sekolah berasrama, termasuk insiden buli yang ada tidak dihebahkan kepada umum.

Dengan jalan cerita lebih mendebarkan, drama berkenaan berjaya membuat penonton meremang meskipun bukan bergenre seram.

Masakan tidak, lakonan yang dipersembahkan barisan pelakon ternyata berjaya meninggalkan impak terhadap emosi penonton.

Projek: High Council ditayangkan setiap hari Isnin pada pukul 9 malam menerusi saluran Astro Ria.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI