fbpx

Cantiknya Elya, mana wang kami?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KWSP mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengucapkan selamat Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Cina seluruh negara.

Melalui hantaran di laman Facebook, KWSP memberitahu, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Tahun Arnab pada tahun ini.

“Selamat Tahun Baharu Cina! kami mengalu-alukan kedatangan Tahun Arnab. KWSP mendoakan kesihatan yang baik, kebersamaan dan kesejahteraan untuk tahun baharu,” katanya.

Namun, gelagat lucu natizen diruangan komen rata-rata memuji kecantikan watak animasi Elya yang berpakaian cheongsam dan memintanya untuk meluluskan pengeluaran bersasar simpanan KWSP kepada orang ramai.

“Elya baik kan? Elya cantik kan? Tolong luluskan KWSP bersasar,” kata Farizah.

“Segak hang Elya. Kami tak boleh segak sebab KWSP bersasar tak boleh keluar nak beli pencuci mahal tak ada duit ni Elya, mohon Elya usulkan ya, terima kasih,” kata Zawani Abdul Wahab.

“Elya kali ni cantik kalau tak selekeh, tapi lagi cantik kalau Elya ‘kawtim’ luluskan EPF bersasar,” ujar natizen lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI