fbpx

Bank tidak rugi jika tangguh OPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN, WAKIL BIRO PAHANG

MUNGKIN sebelum ini tidak ramai peduli mengenai kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), namun sejak kos sara hidup semakin meningkat, OPR sering menjadi sebutan dan satu kebimbangan kepada orang ramai khususnya peminjam.

OPR adalah instrumen dipanggil polisi monetari atau polisi kewangan yang digunakan dalam dua situasi ekonomi iaitu ketika pengembangan dan ­pe­nguncupan.

Apabila ekonomi itu perlahan atau keadaan ekonomi lembap biasanya Bank Negara Malaysia (BNM) akan turunkan OPR demi merancakkan ekonomi. Bagaimanapun apabila ekonomi rancak maksudnya berlaku inflasi, OPR akan dinaikkan.

Namun kenaikan OPR yang berterusan membebankan peng­guna dan peminjam yang terpaksa membayar lebih apabila bayaran pinjaman bulanan mereka di­naik­kan.

Mereka yang terkesan teruk adalah golongan rentan atau B40 yang terpaksa berhadapan ­dengan kos sara hidup selain menghadap kadar kenaikan ­bayaran pinjaman yang ­berterusan.
OPR telah dinaikkan sebanyak empat kali dengan kadar ketika ini sebanyak 2.75 peratus.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewa­ngan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, pihak bank seharusnya berperikemanusian dan tidak ‘bersembunyi’ di belakang BNM setiap kali kenaikan OPR yang memberi kesan kepada ­peminjam.

Menurutnya, bank sebenar­nya tidak tertakluk untuk mengikuti kenaikan OPR kepada pe­minjam yang asasnya dikenakan kepada bank.

Katanya, pihak bank sewajar­nya melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan mengecualikan kenaikan OPR kepada peminjam sedia ada khususnya daripada golongan rentan seperti B40 yang terjejas susulan kenaikan berterusan OPR.

“Tindakan bank-bank menge­cualikan kenaikan OPR kepada peminjam tidak akan menyebabkan mereka mengalami kerugian memandangkan keuntungan direkodkan mereka adalah berbilion ringgit sekali gus mereka mampu menyerap kenaikan OPR.

“Keadaan ekonomi masih tidak menentu dan jangkaan OPR akan terus dinaikkan demi kemampanan ekonomi negara. Kerajaan telah dan terus membantu rakyat dan bank-bank pula bila?

“Ada atau tidak bank-bank di negara ini yang ‘berani’ menjadi perintis dalam menye­rap OPR buat pertama kali?,” ujarnya.

Bank sebenarnya tidak wajib menaikkan OPR kepada pengguna dan mereka boleh menyerap kenaikan kadar OPR berkenaan dengan keuntungan besar mereka, namun sehingga kini tiada lagi bank yang melakukan tindakan terpuji itu?

Malah bank yang mengamalkan sistem kewangan Islam juga dilihat tidak bertindak seperti diharapkan membantu peminjam yang terbeban dengan kenaikan OPR sehinggakan sistem pinjaman Islam dilihat tiada bezanya dengan sistem konvensional.

Suka untuk penulis mencadangkan jika berlaku lagi kenaikan OPR, kecualikanlah peminjam lama dari golongan rentan yang cukup terkesan tetapi telah banyak memberikan keuntungan kepada pihak bank.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI