fbpx

Ribut petir serta hujan lebat di 11 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat di kebanyakan negeri hingga pukul 8 malam ini.

MetMalaysia melalui laman sesawangnya memaklumkan, amaran itu melibatkan 11 negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Di Kedah melibatkan daerah Kulim dan Bandar Baharu manakala di Pulau Pinang diseluruh negeri.

“Di negeri Perak pula berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak; Pahang di Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera dan Selangor di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dan WP Kuala Lumpur ,” katanya.

Menurut kenyataan itu juga, turut menerima amaran berkenaan di bahagian selatan negara melibatkan Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin; Melaka pula di satu daerah iaitu Jasin dan Johor di Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

“Bagi Sarawak, di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Miri (Marudi) dan Limbang manakala Sabah pula di Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Ranau), Sandakan (Beluran) dan Kudat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI