fbpx

[VIDEO] Dua maut lori kontena terbakar sesak teruk dekat Rasah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba sedang menjalankan tugas-tugas pemadaman sebuah lori kontena yang terbakar di Kilometer 259.6 (Arah Selatan) berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Port Dickson dekat Rasah, Seremban pagi ini.-Foto IHSAN BOMBA

SEREMBAN – Dua individu maut selepas mereka terperangkap di dalam kepala lori dalam kejadian kebakaran sebuah lori kontena di Kilometer 259.6 (Arah Selatan) berhampiran susur keluar ke Plaza Tol Port Dickson dekat Rasah pagi ini.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian tersebut pada pukul 8.42 pagi dan setibanya di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah lori kontena yang membawa muatan barang lusuh plastik.

“Kebakaran melibatkan sebuah lori kontena yang terbakar di bahagian kepala lori yang musnah 100 peratus. Dua mangsa maut di dalam lori tersebut dan pihak bomba sedang menjalankan tugas-tugas pemadaman dan mengeluarkan mangsa yang maut,” katanya di sini hari ini.

Jelas beliau lagi, setakat ini jantina dan bangsa kedua-dua mangsa masih belum dapat dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI