fbpx
NADHIR NASAR

Angkuh, cerewet? Ini jawapan Nadhir Nasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MEMASUKI dunia glamor menerusi platform pertandingan Hero Remaja merupakan satu daripada pendekatan ‘klasik’ buat ramai pelakon lelaki tanah air memulakan rentak karier.

Biarpun begitu tidak semua pendatang baharu memiliki kelebihan untuk menyerlah dalam sesebuah pertandingan. Ada yang perlu membina segala-galanya dari bawah, daripada ‘penyendal’ kemudian merangkak sehinggalah menjadi taruhan utama.

Bagi Nadhir, rasa syukur sahaja yang dapat diungkap terhadap semua yang diraihnya pada hari ini.

Selepas tiga tahun memerah keringat, peluang yang dimiliki tidak akan disia-siakan.

Namun, dalam keseronokannya melebarkan sayap, ada juga angin negatif yang singgah apabila dengan mudah juga bintang i-Tanggang: Mother of All Lies dilabel sebagai pelakon sombong kerana cerewet dalam penerimaan sebarang watak.

Mengakui pandangan tersebut pernah sampai ke telinganya, jejaka kelahiran Amerika Syarikat itu enggan mengusutkan fikirannya dengan hal enteng sebegitu.

Nadhir bersyukur setiap watak yang dijayakannya dalam beberapa buah drama membuahkan hasil sehingga berjaya meninggalkan impak emosi kepada penonton.

Cerewet

Bagi Nadhir, sikap cerewet dalam menerima sebarang tawaran menjadi satu keperluan untuk dirinya yang masih hijau dalam dunia seni lakonan tanah air.

“Saya akui memang bersikap memilih dalam menerima watak yang ditawarkan dan bukan sengaja jadi sebegitu.

“Orang pandang hal tersebut secara negatif tetapi dari sudut lain, memberi impak kepada perjalanan karier saya,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Mahu menjaga kualiti kerja, yang ditekankan aktor berusia 26 tahun itu berulang kali sebagai alasan menjadi cerewet dalam penerimaan setiap tawaran.

“Lakonan lahir daripada jiwa dan itu yang saya pegang sehingga hari ini.

Bagi Nadhir, sikap cerewet dalam menerima sebarang tawaran menjadi satu keperluan untuk dirinya yang masih hijau dalam dunia seni lakonan tanah air.

“Saya menolak watak yang tidak mampu dilakukan kerana sukar untuk memberi jiwa terhadap karakter tersebut.

“Bila tiada jiwa, lakonan pun tiada impak kepada penonton, seterusnya mengecewakan banyak pihak. Itu yang saya cuba elakkan tetapi lain pula ditafsir orang,” jelasnya panjang lebar.

Tidak berganjak, juara Hero Remaja 2020 itu berpegang prinsip tersebut sekali gus mengejar lebih banyak karakter yang diimpikannya.

“Saya masih baru dan banyak yang watak belum diteroka. Alhamdulillah beberapa watak yang saya pegang sebelum ini ‘menjadi ‘ sehingga memberi impak emosi kepada penonton.

“Sama seperti pelakon lain, saya mahu setiap watak yang dijayakan diingati sampai bila-bila,” tuturnya.

NADHIR menyasarkan kualiti kerja, sekali gus menjadi pelapis aktor berpengaruh dalam dunia sinema Melayu.

Projek: High Council

Kerjaya seninya tidak pernah sunyi, dia kini muncul dengan drama terbaharu berjudul Projek: High Council arahan Anwari Ashraf dan Zulaikha Zakaria.

Melakonkan watak pengawas sekolah berasrama penuh, Nadhir mengakui bukan mudah untuk menggalas karakter Naim dalam drama berkenaan.

“Nampak seperti drama sekolah biasa tetapi mesej yang disampaikan menerusi setiap watak sangat berat.

“Watak ini memerlukan saya berlawan secara fizikal dengan pelakon lain dan emosi yang diperlukan juga sangat berat tetapi syuku1r pengarah sangat membantu,” jelasnya.

Jalan cerita sarat dengan adegan buli, Nadhir mengakui pernah melalui pengalaman sama ketika zaman persekolahannya dahulu.

Bezanya dia bukan pembuli atau dibuli, namun pernah melihat situasi sama, selain pernah bergelar pengawas sekolah.

“Persamaannya ada tetapi saya tidak pernah bergaduh di sekolah.

“Pengalaman membuli atau dibuli juga tidak pernah ada tetapi pernah nampak situasi sebegitu berlaku di sekolah.

“Drama ini paparkan realiti sebenar,” katanya..

Nadhir juga teruja dengan kehadiran pelakon baharu berbakat besar dalam drama berkenaan.

“Satu hal yang saya suka, majoritinya pendatang baharu.

“Mereka sangat bagus dan memberi jiwa sepenuhnya untuk setiap watak. Saya kagum dengan cara mereka bekerja, sangat profesional!” tuturnya seraya mengakhiri perbualan.

MESKIPUN berdepan anggapan angkuh dan sombong, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu kekal dengan prinsip selektif berhubung penerimaan watak.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN