fbpx

RM3.13 juta peruntukan baik pulih masjid, surah di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. FARED (tengah) menyaksikan penyerahan cek sumbangan kepada kariah Masjid Al-Muhajirin Kampung Melayu Bukit Batu di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru hari ini. - Foto MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM3.13 juta bagi membaik pulih 20 buah masjid dan 53 surau yang telah membuat permohonan pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, ada beberapa permohonan lain yang diterima tetapi ditolak kerana ada kesilapan teknikal dan perlu membuat permohonan baharu.

Beliau berkata, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengalu-alukan kariah masjid dan surau yang daif untuk tampil membuat permohonan bagi menambah baik kemudahan di rumah ibadat masing-masing.

“Kebanyakan masjid ini akan dinilai oleh JAINJ sebelum peruntukan dikeluarkan menerusi Tabung Pengurusan Masjid Johor (TPMJ) untuk menjalankan kerja baik pulih.

“Sekiranya mustahak dan perlu diberikan keutamaan, ia akan diberikan perhatian untuk ditambah baik bergantung penilaian yang dilakukan oleh JAINJ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan agensi Hal Ehwal Agama Islam Johor, di Pusat Islam Iskandar, di sini hari ini.

Pada program tersebut, Mohd. Fared turut menyempurnakan penyerahan Sumbangan RM2.5 juta oleh Perbadanan Islam Johor (PIJ) bagi pembinaan Masjid Al-Muhajirin Kampung Melayu Bukit Batu, Kulai, di sini.

Mohd. Fared berkata, sebagai contoh, Masjid Al-Muhajirin ini adalah antara masjid uzur yang akan dibina semula dalam masa terdekat.

Katanya, masjid yang berusia 74 tahun itu strukturnya yang diperbuat daripada papan sudah berada dalam keadaan uzur dan tidak mampu menampung jumlah jemaah yang ramai.

“Jumlah peruntukan untuk membina semula masjid ini menelan kos RM3.3 juta, sejumlah RM2.5 juta disumbangkan oleh PIJ melalui Tabung Wakaf Rakyat Johor manakala RM1.2 juta pula disumbangkan menerusi kutipan awam.

“Jadi, tak banyak baki yang kita perlu kumpul dan yakin jumlah ini sudah boleh dimulakan kerja pembinaan bagi masjid untuk dibina semula dan mampu menempatkan jumlah jemaah yang lebih ramai,” katanya.

Masjid yang menjadi tumpuan musafir itu dijangka mampu menampung sehingga 500 jemaah pada satu masa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI