fbpx

Pekerja ladang terkejut jumpa mayat dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki yang dijumpai di dalam sebuah kereta di Ladang FELCRA Kampung Endap, Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki ditemui telah meninggal dunia di dalam sebuah kereta di kawasan Ladang Felcra, Kampung Endap, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, mayat lelaki itu dijumpai oleh seorang pekerja ladang berkenaan, dan segera memberitahu pengurus ladang yang kemudian melaporkan kepada polis pada pukul 12.05 tengah hari tadi.

“Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati satu mayat di dalam kereta iaitu seorang lelaki berusia 47 tahun,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata, kejadian disedari salah seorang pekerja ladang yang bekerja di kawasan tersebut apabila ternampak sebuah kereta Perodua Viva yang diletakkan di kawasan berkenaan.

“Semasa pekerja itu memeriksa kenderaan berkenaan, dia mendapati ada mayat di dalamnya,” katanya.

Katanya, si mati disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan daripada Hospital Pusat Jantung Sarawak serta hasil siasatan dan pemeriksaan ke atas mayat mendapati tiada kesan kecederaan pada badan si mati.

Katanya, siasatan di tempat kejadian juga mendapati tiada kesan pergelutan manakala mayat si mati telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.

Brodie berkata setakat ini, kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI