fbpx

Mayat dikerat 7: Dibunuh 12 jam sebelum dibuang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bagasi yang dijumpai orang awam di tepi Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang Selatan arah utara, Sungai Buloh baru-baru ini.

SUNGAI BULOH – Lelaki warga asing yang dikerat tujuh telah dibunuh kira-kira 12 jam sebelum disumbat dalam bagasi yang dijumpai di Kilometer (KM) 447 Lebuh Raya Utara Selatan, di sini, Selasa lalu.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh hari ini.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa telah dibunuh 12 jam sebelum disumbat dalam bagasi dan dibuang ke lokasi terbabit.

“Setakat ini, identiti masih tidak dapat dikenal pasti kerana mangsa adalah warga asing dan pihak kami juga tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak,” ujarnya.

Menurutnya, siasatan masih dilanjutkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI