fbpx

KPM cadang naikkan kadar Bantuan Makanan Prasekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina bercakap pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KPM, hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang menaikkan kadar Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) kepada RM2.50 di Semenanjung dan RM2.75 bagi Sabah serta Sarawak.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini, BMP berkenaan ditetapkan pada kadar RM2 di Semenanjung dan RM2.25 di Sabah serta Sarawak.

Beliau berkata, cadangan kenaikan itu sudah dikemukakan untuk pertimbangan dalam pembentangan Bajet 2023, bulan depan.

“Kami akan perjuang untuk kenaikan kadar BMP itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KPM di sini, hari ini

Katanya, kadar BMP sedia ada secara tidak langsung menunjukkan bahawa kanak-kanak pra sekolah tidak mendapat makanan dan nutrisi yang tepat untuk pembesaran mereka.

Sementara itu, Fadhlina ketika dalam ucapannya berkata, sebanyak 118 kelas pra sekolah akan dibuka pada Mac ini, di seluruh negara.

Menurutnya, infrastruktur, guru dan enrolmen murid juga sudah ada dan akan beroperasi Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI