fbpx

KPDN panggil Touch n’ Go berhubung isu kad prabayar visa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin Ayub.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memanggil Touch n’ Go Malaysia untuk meneliti isu berhubung kad prabayar visa tidak boleh digunakan bagi tujuan pembayaran tol dan pengangkutan awam.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ia berikutan terdapat banyak aduan diterima olehnya berkenaan perkara tersebut dan penjelasan pihak syarikat itu kepada KPDN akan diadakan esok.

“Saya telah menerima banyak aduan berkenaan perkara ini dan saya telah maklumkan bahagian penguat kuasa untuk meneliti isu ini dengan serius.

“Pihak penguat kuasa akan memanggil Touch n’ Go Malaysia untuk hadir dan memberi penjelasan kepada KPDN esok pagi,” katanya di laman Facebook, hari ini.

Beliau berharap pertemuan esok akan menyelesaikan masalah yang dihadapai oleh pengguna.

“Saya sentiasa peka dalam menerima aduan pengguna, dan mengharapkan agar kerjasama antara KPDN and TnG boleh menyelesaikan aduan ini dengan segera,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan, Touch ‘n Go telah mengesahkan bahawa kad prabayar visanya yang baru dilancarkan tidak boleh digunakan untuk membayar tol lebuh raya atau pengangkutan awam.

Menurut laporan dalam talian oleh Amanz, Touch n’ Go tidak dapat menyepadukan kedua-dua ciri Touch ‘n Go dan Visa Paywave NFC kerana isu gangguan yang ditemui semasa fasa pembangunan awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI