fbpx

Kampung Bangau-Bangau terbakar lagi, ramai tumpang simpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan insiden kebakaran yang memusnahkan penempatan penduduk Kampung Bangau-Bangau, Semporna.

PETALING JAYA – Penduduk Kampung Bangau-Bangau sekali lagi diuji dengan insiden kebakaran besar yang memusnahkan penempatan mereka, awal pagi tadi.

Menurut hantaran pengguna @cikkkoooo di media sosial, memaparkan beberapa buah rumah musnah akibat kebakaran sehingga menyebabkan ramai mangsa hilang tempat tinggal.

“Semoga ada hikmah yang lebih baik daripada ini,” katanya menerusi kapsyen satu hantaran.

Seorang pengguna, @volleyball.kampung berkata, tabika kampung tersebut merupakan antara binaan yang musnah akibat kejadian tersebut.

Di ruangan komen, rata-rata pengguna bersimpati dengan insiden berkenaan dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

“Sedihnya. Semoga tabah dan semoga urusan dipermudahkan,” komen seorang pengguna,
@v_borneoaccents.

“Rumah mak cik saya merupakan yang paling awal terbakar,” kata @mohdjani21

“Api cepat merebak di rumah kayu. Semoga semuanya selamat,” komen netizen lain, @ainsyahzuki

Dalam pada itu, seorang pengguna lain, @putrirnie mendakwa tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya terdapat beberapa rumah yang terbakar.

Hantaran tersebut telah meraih 341,400 jumlah tontonan, dan 19,500 tanda suka setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI