fbpx

GFriend kekalkan tradisi sambut ulang tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN GFRIEND

HUBUNGAN setia kawan semua bekas anggota kumpulan GFriend kekal utuh walaupun selepas membawa haluan masing-masing.

Mereka dilihat menyambut ulang tahun kelapan penubuhan kumpulan walaupun telah dibubarkan sejak 2021.

Acara sambutan berkenaan ternyata menyentuh hati peminat yang terharu dengan tindakan mereka masih memperingati hari kelahiran GFriend bersama-sama.

“Saya melihat banyak kumpulan penyanyi dalam rancangan realiti tetapi ada beberapa sahaja yang mempunyai talian persahabatan kuat.

“Peminat akan gembira dan bersyukur apabila mereka melihat anggota kumpulan begini.

“Mereka semua sangat cantik dan saya tidak sabar menantikan ulang tahun kesembilan mereka kelak,” demikian luahan netizen selepas melihat GFriend bersama-sama dalam satu gambar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI