fbpx

Firefly perkenal pengalaman kabin baharu pada Boeing 737-800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerusi baharu pada pesawat Boeing 737-800 Firefly menawarkan lebih keselesaan buat penumpang.

PETALING JAYA – Anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG), Firefly memperkenalkan pengalaman kabin baharu pada pesawat Boeing 737-800 kendaliannya, yang kini dilengkapi tempat duduk unik bagi mewujudkan suasana segar dan menawarkan lebih keselesaan sepanjang perjalanan.

Kabin yang diperbaharui dengan 189 tempat duduk itu tersedia di laluan terpilih dari hab Firefly di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke destinasi termasuk Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bharu, Langkawi, Phuket dan Banda Aceh.

Ia akan dilancarkan secara progresif merentasi rangkaian yang lebih luas dalam tempoh enam bulan akan datang.

Firefly dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, kerusi baharu itu direka bentuk dengan mengambil kira keselesaan penumpang dan kemampanan, dengan tempat duduk ergonomik lebih lebar dan ruang kaki lebih luas.

Antara kemudahan disediakan ialah sokat kuasa type A dan C

“Ia dibina menggunakan lapisan kulit lebih ringan, yang akan menyumbang kepada jejak karbon yang lebih rendah dengan mengurangkan penggunaan bahan api pesawat.

“Fungsi lain yang dinaik taraf termasuk pemegang peranti peribadi dan soket kuasa USB type A dan C untuk penumpang mengecas peranti mereka di setiap tempat duduk,” katanya.

Selain reka bentuk kabin serba baharu, pelanggan Firefly turut mempunyai fleksibiliti untuk menyesuaikan penerbangan mereka berdasarkan keutamaan, termasuk pelbagai pilihan tambahan untuk makanan dalam penerbangan, elaun bagasi dan perlindungan perjalanan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI