fbpx

Bazar raya selama 66 jam bakal terima 2 juta pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Ali (tujuh dari kiri, berdiri) bersama sebahagian daripada wakil syarikat pada sidang akhbar berhubung ABXGR23 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 (ABXGR23) kembali berlangsung pada tahun ini dengan menawarkan peluang kepada orang ramai  membeli-belah selama 66 jam tanpa henti untuk persediaan menyambut kedatangan Syawal.

Program anjuran bersama My Events International dan Absolut Event & Management  itu akan berlangsung di  Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 14 hingga 17 April ini. 

Menurut Pengarah Absolut Event & Management, Nur Ali Nadzwan, dijangkakan lebih daripada dua juta pengunjung bakal membanjiri bazar tersebut berbanding tahun lalu yang mencatat jumlah pengunjung seramai 1.2 juta orang.

“Lebih daripada 500 pempamer akan menyertai dan menawarkan pelbagai promosi dan pilihan menarik bagi pembelian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Ini adalah ruang dan peluang untuk orang ramai menyokong usahawan dan juga kepada pemilik perniagaan kecil menawarkan produk dan perkhidmatan masing-masing,” katanya dalam kenyataan yang di keluarkan di sini baru-baru ini. 

Selain itu, My Events menerangkan, ABXGR23 bukan sahaja diadakan dalam pusat pameran tersebut tetapi juga di kawasan luar  premis melalui pelbagai  tawaran makanan dan minuman melalui Mini Absolut Food Festival untuk hidangan berbuka puasa dan sahur. 

Bersempena dengan bulan Ramadan, syarikat akan menjemput penceramah terkenal untuk menyampaikan ceramah sebelum berbuka puasa, menghiasi kawasan dewan dengan tema Islamik dan juga menganjurkan persembahan nasyid, solat terawih berjemaah serta bacaan Al-Quran oleh pelajar tahfiz.

“Kami juga akan  menganjurkan program memasak bubur lambuk beramai-ramai dan membuat pengagihan sebagai inisiatif amal,” jelasnya.

Selain itu, Nur Ali menerangkan, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai rakan minuman eksklusif, rakan emas terdiri daripada Blue Diamond So Chantique manakala  KKMY Group Sdn. Bhd. sebagai rakan gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council. 

“Penyertaan rakan kongsi ini akan membawa festival ini ke peringkat lebih tinggi dan diharapkan penyertaan ini membuahkan hasil bagi kedua-dua belah pihak,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI