fbpx

Wanita maut rempuh lori bawa ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan tiga buah kenderaan di Jalan Kepong-Labis, Kampung Kecil Bukit Keping, Muar, Johor malam tadi.

MUAR – Seorang wanita maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori membawa muatan ayam di Jalan Bukit Kepong-Labis, Kampung Kecil Bukit Kepong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam kejadian pada pukul 8.45 malam itu, mangsa, Tay Huei Koon, 49, meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta jenis Honda Jazz dalam perjalanan dari Bukit Kepong di sini menuju ke Labis, Segamat.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, mangsa disyaki gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah lori lima tan.

“Pemandu lori berusia 53 tahun cuba mengelak ke kiri, namun telah terlanggar tayar bahagian belakang kereta mangsa sehingganya menyebabkan kenderaan itu terbalik.

“Akibat perlanggaran itu, tayar kereta Honda Jazz itu tercabut dan terkena pada sebuah lagi kereta jenis Perodua Myvi yang berada di belakang lori ketika itu,” katanya ketika dihubungi di sini.

Raiz Mukhliz berkata, pemandu lori mengalami luka di bahagian tangan dan pemandu Perodua Myvi merupakan seorang lelaki berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI