fbpx

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad tiba di mahkamah bagi pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharnaaz (dua dari kiri) ketika tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Sharnaaz, 38, tiba pukul 9.35 pagi yang kemudian terus ke Mahkamah Majistret. Difahamkan hari ini pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Terdahulu media melaporkan, pelakon lelaki berusia pertengahan 30-an itu direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium di Segambut, di sini, Jun lalu.

Pelakon yang mendiami kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa selepas rakannya yang hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

Kejadian dipercayai berlaku selepas pertengkaran mulut antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum pelakon terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI