fbpx

Syed Saddiq tak bagi peluang, netizen kasihan Amelia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Saddiq ketika bermain badminton bersama Amelia.

PETALING JAYA – Gelagat Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon, Amelia Henderson bermain badminton mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian video di Instagram Ahli Parlimen Muar itu, Syed Saddiq seakan mengawal permainan seorang diri.

Malah, kewujudan Amelia di gelanggang membuatkan ramai terhibur kerana dia langsung tidak berjaya membuat sebarang pukulan ketika permainan berlangsung.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyifatkan Syed Saddiq tidak sesuai bermain secara beregu kerana mudah lupakan rakan pasukannya.

“YB lupa dia main dengan pasangan, semua dia yang nak pukul, kesian pula tengok Amelia menunggu sebelah,” kata Amira.

“YB jangan macam itu depan awek (Amelia), jarang lelaki nak menang kalau depan perempuan. Walaupun boleh, buat-buat sahaja tak boleh sahaja lepas ini,” seloroh Ikmal Norahim.

Terdahulu, ramai yang mentertawakan cara permainan Syed Saddiq kerana beliau dianggap ‘kekok’ ketika sedang beraksi dalam gelanggang badminton.

Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak terasa dengan komen segelintir netizen, malah menganggap ia sekadar gurauan semata-mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI