fbpx

Pelajar UPM hilang selepas solat Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Irfan yang dilaporkan hilang.

SHAH ALAM – Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilaporkan hilang selepas menunaikan solat jumaat di salah sebuah masjid sejak 13 Januari lalu.

Mohd. Irfan Hakimi Azhar,22, dikatakan ke masjid berkenaan dengan menunggang sebuah motosikal Yamahan LC135 berwarna biru.

Ibu pelajar itu mahu dikenali Sofiaton berkata dia telah mencuba menghubungi anaknya berulang kali sebelum ini namun tidak berjawab sehingga menimbulkan kebimbangan ekoran jarak tempoh kehilangannya begitu lama.

“Saya minta maaf tak dapat nak ulas panjang kerana agak tertekan pada ketika ini. Namun, saya percaya dengan kemampuan pihak polis, iaitu menjumpai anak saya,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Sehubungan itu, Sofiaton berharap orang ramai yang mempunyai maklumat atau menemui anaknya boleh terus menghubunginya di talian 0192068437 atau membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan polis menerima laporan tersebut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI