fbpx

Menteri diminta teliti setiap teguran Laporan Ketua Audit Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama barisan Menteri Kabinet selepas mesyuarat Kabinet pagi tadi.

PUTRAJAYA- Setiap Menteri Kabinet diminta meneliti secara serius teguran dilaporkan menerusi Laporan Ketua Audit Negara 2021 terutamanya melibatkan soal perbelanjaan, ketirisan selain tidak menepati syarat serta peraturan dalam peruntukan kewangan kementerian atau agensi terlibat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu supaya semua kesalahan disebut tidak berulang memandangkan laporan tersebut memberi syor-syor bersesuaian, namun kesilapan atau keterlanjuran sama tetap diteruskan tahun demi tahun.

“Ini merupakan laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2021, tetapi harus ada pengajaran dan minta menteri-menteri dalam mesyuarat pasca Kabinet meneliti semula teguran-teguran dibuat.

“Saya percaya mereka akan mengumumkan pada waktu sesuai dan akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Laporan Ketua Audit Negara adalah amat penting kerana jika dikesan berlaku kesilapan sama umapamanya kurang pengawasan, membiar ketirisan dan menyerah kepada syarikat yang tidak mengikut peraturan dan hal-hal lain.

“Cuma kita tak pilih untuk umumkan kerana memberi ruang kepada badan itu (yang disebut dalam laporan) untuk menajwab dan kadang-kadang jawapan itu agak munasabah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI