fbpx

Lelaki maut kereta Proton Iswara gagal potong Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Iswara dipandu mangsa yang remuk selepas terlibat dalam nahas di Jalan Tebong, Alor Gajah, Melaka, malam tadi.

ALOR GAJAH – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu gagal memotong sebuah Produa Myvi dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Tebong, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, A. Suresh, 37, yang bekerja sebagai kelindan lori meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di dada.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian kereta jenis Proton Saga Iswara dipandu mangsa dalam perjalanan dari arah Ayer Pasir menuju ke Tebong.

“Setibanya di lokasi, sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 34 tahun dari arah sama telah membelok ke kanan untuk masuk ke simpang rumahnya di kuaters Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Mangsa yang datang dari arah belakang cuba memotong, namun gagal dan melanggar bahagian hadapan Myvi tersebut sehingga terbabas lalu merempuh sebuah Toyota Camry yang parkir di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, akibat kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI