fbpx

Insiden paip pecah: Paka alami gangguan bekalan air seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paip pembekalan air yang pecah akibat dirempuh tongkang penyelenggaraan di Jambatan Paka, Dungun hari ini.

DUNGUN – Insiden paip pecah akibat dirempuh tongkang penyelenggaraan di Jambatan Paka di sini bakal mengakibatkan gangguan bekalan air selama seminggu.

Jurucakap Syarikat Air Terengganu (Satu) berkata, kawasan yang terjejas ialah bandar Paka, Felda Kerteh 2 dan 3 serta Ketengah Jaya di sini.

“Dua batang paip berukuran 700 millimeter (mm) yang menyalurkan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bauk ke Paka telah terputus ketika proses pembaikian struktur sokongan paip tersebut.

“Tindakan segera bagi mengurangkan impak gangguan bekalan tersebut telah diambil degan menyalurkan air dari LRA Kemudi untuk keperluan pengguab di Paka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap Satu berkata, lori tangki akan menghantar bekalan air bersih untuk keperluan pengguna di Ketengah Jaya serta Felda Kerteh 2 dan 3.

Tambah beliau, tangki-tangki statik juga akan ditempatkan di lokasi kritikal sekitar Paka, Ketengah Jaya dan gugusan Felda Kerteh terlibat.

“Kerja-kerja pembaikan paip tersebut dijangka akan mengambil masa selama tujuh hari.

“Pengguna yang ingin mendapatkan bantuan bekalan air boleh menghubungi talian 1300-88-2111,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI