fbpx

Aidit Noh, isteri diganggu sihir pemisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS berubat, Aidil dinasihatkan tidak berkongsi gambar isteri dalam media sosial.

KUALA LUMPUR – Rumah tangga pelakon dan model Aidit Noh didakwa sedang berantakan gara-gara tindakannya memadamkan semua gambar isteri, Hanani sekitar Disember lalu.

Di sebalik semua kisah yang digembar-gemburkan itu, Aidit ada rahsia yang selama ini cuba disimpan kemas. Baru sekarang, dia berani membuat pemdedahan bahawa semua itu berpunca daripada sihir pemisah.

Insiden tidak diingini itu berlaky ketika Aidit sedang di lokasi drama bersiri Dosa Seorang Isteri pada tahun lalu.

“Jujurnya, ketika itu hubungan saya dan isteri agak ‘panas’. Ada sahaja yang tidak kena. Saya perasan kami akan bergaduh setiap kali selepas beberapa hari saya muat naik gambar kemesraaan bersama isteri dalam Instaram. Pasti ada saja yang tidak kena.

“Selain itu, kami juga kerap diganggu. Semasa isteri sedang hamil, dia pernah ternampak kelibat saya walhal saya tiada di rumah sebab sedang kerja. Kaki saya juga pernah ditarik ketika sedang tidur,” katanya yang ditemui di set penggambara drama Isteri Halal semalam.

Tidak tahan dengan gangguan dan enggan rumah tangga yang baru berusia setahun lebih itu musnah gara-gara sihir pemisah Aidit mengambil keputusan untuk berubat.

“Saya dan isteri pergi berubat sampai ke Pahang. Ketika berubat pun saya nampak hantu pocong tepi tingkap pandang ke arag saya.

“Ikutkan mesti rasa takut, tetapi kerana terlalu kerap sangat gangguan saya sampai hilang rasa takut.

“Atas nasihat ustaz, saya padam semua gambar isteri dan kurangkan muat naik gambar atau status tentang rumah tangga. Tetapi ramai pula salah sangka kerana beranggapan saya dan isteri sudah tidak sehaluan. Sedangkan, kami diuji dengan hal lain,” katanya lagi.

Selepas berubat, dia dan isteri tidak lagi menerima gangguan. Meskipun tahu identiti pelaku yang tidak berpuas hati dan menghantar sihir pemisah tersebut Aidit mengambil pendekatan enggan memanjang isu berkenaan.

“Jujurnya saya tahu siapa yang buat. Cuma saya tidak mahu panjangkan hal ini. Sekarang saya hanya ambil langkah berjaga-jaga sahaja. Sentiasa jaga ibadah dan kalau rasa tak sedap hati, kita berzikir dan pasang ayat al-Quran di rumah.

“Alhamdulillah, selepas rawatan dan mengikut nasihat ustaz, kami tidak lagi diganggu,” katanya.

Berkongsi tentang karier seninya, kata Aidit dia kini sedang giat menjalani penggambaran bagi drama Isteri Halal yang diadaptasi daripada siri Filipina terkenal Legal Wife.

“Jika segalanya berjalan mengikut jadual, Isteri Halal akan ditayangkan pada Februari depan.

“Dalam drama sebanyak 60 episod ini saya memegang watak seorang suami yang agak jahat sampai saya sendiri geram dengan watak ini.

“Cuma saya tidak sangka sekarang ini begitu hangat dengan kisah rumah tangga, tetapi kerana lakonan saya sedia untuk dikecam,” katanya.

Selain Aidit, Isteri Halal turut dibintangi oleh Uqasha Senrosa, Isyariana, Nazim Othman dan Amylea Azizan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI