fbpx

Ahli perniagaan buat laporan palsu konon disamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KULAI – Seorang ahli perniagaan sanggup membuat laporan polis palsu yang kononnya dia disamun tiga lelaki yang memakai topeng sehingga mengalami ‘kerugian’ RM600,000.

Tindakan kurang bijak lelaki berusia 43 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan Ahad lalu susulan keterangan yang diberikan ketika disoal siasat pegawai penyiasat meragukan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, suspek membuat laporan itu sebagai alasan untuk diberikan kepada rakan perniagaannya setelah bisnes yang dijalankan mempunyai masalah.

“Lelaki tersebut tampil membuat laporan polis pada pukul 9.40 malam, 15 Januari lalu memberitahu yang kononnya dia disamun tiga lelaki tidak dikenali ketika memandu kenderaan Toyota Alphard dan berada di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan selepas Plaza Tol Skudai.

“Menurut dakwaan, dia didatangi tiga lelaki tidak dikenali dengan memakai pelitup muka dan bersenjatakan pisau sebelum salah seorang ‘suspek’ berkenaan mengambil kotak mengandungi sejumlah wang RM600,000.

“Lelaki itu juga mendakwa ditumbuk pada bahagian muka sebelum ‘suspek’ membawa lari wang terbabit,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beng Yoew berkata, namun setelah pegawai polis yang melakukan siasatan ke atas ‘mangsa’ mendapati timbul keraguan dalam percakapannya.

Tegasnya, lelaki itu bagaimanapun mengaku membuat laporan palsu untuk ditunjukkan kepada rakan perniagaan setelah bisnes mengalami masalah.

Katanya, susulan itu lelaki berkenaan ditahan selama dua hari bermula hari ini sehingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI