fbpx

3 lagi suspek kes bunuh diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh ialah Vesnu Narayanan,22, Sugumaran Veejakumaran, 34, dan Tinakaran Selvamani@Tina, 33

KAJANG – Tiga lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kes membelasah seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian di Pangsapuri Jade Hill, Kajang pada 14 Ogos 2020 sedang diburu polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sebelum ini, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian yang dibuat oleh seorang wanita yang mengesahkan teman lelakinya dibelasah sehingga meninggal dunia.

“Mangsa lelaki warga tempatan berusia 26 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Hospital Kajang setelah mengalami kecederaan di seluruh badan.

“Siasatan awal polis mendapati suspek disyaki menggunakan objek tumpul untuk menyerang mangsa dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan terbaharu beliau berkata, pihaknya telah berjaya menahan enam lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh berkenaan.

Jelasnya, dua daripada enam suspek yang ditahan telah dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kini dalam peringkat perbicaraan Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Pihak polis sedang giat mengesan tiga lagi individu yang merupakan saki baki suspek yang dipercayai terlibat dalam kes bunuh berkenaan bagi membantu siasatan.

“Tiga suspek yang dikehendaki adalah Vesnu Narayanan,22, Sugumaran Veejakumaran, 34, dan Tinakaran Selvamani@Tina, 33,” ujarnya.

Sehubungan itu, polis memohon orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau individu dicari, untuk tampil ke balai polis berdekatan atau hubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superintendan Polis Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI