fbpx

Warga emas tak sempat ke klinik, dijemput ajal di pondok bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dol Samad ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung di Kampung Serkam Darat, Jasin, Melaka, hari ini.

JASIN – Seorang lelaki warga emas tidak sempat ke klinik kesihatan dekat sini selepas rebah lalu meninggal dunia di pondok bas di Kampung Serkam Darat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa, Dol Samad Abu, 64, ditemui penduduk kampung dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, laporan telah dibuat oleh orang awam dan pemeriksaan polis serta pegawai perubatan di lokasi bagaimanapun mendapati mangsa telah pun meninggal dunia.

“Mangsa dipercayai telah diserang sakit jantung ketika sedang menunggu bas henti-henti untuk ke Klinik Kesihatan Serkam.

“Kita turut menemui ubat sedutan asma (inhaler) berdekatannya dan pelbagai jenis ubat lain di dalam beg dibawa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ubat sedutan asma turut ditemui berhampiran mangsa.

Tambahnya, pihaknya juga menemukan kad kesihatan mangsa yang menunjukkan dia mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Serkam dan Hospital Melaka.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, kejadian itu turut mengejutkan penduduk kampung yang telah sekian lama mengenali mangsa dengan panggilan Pak Samad Abu.

“Mangsa ini belum berkahwin dan Pak Samad Abu ini memang dikenali penduduk kampung kerana sering dibantu untuk dibawa ke Klinik Kesihatan mahupun ke hospital besar.

“Mangsa tinggal bersama adiknya dan keterangan daripada ahli keluarganya juga mempercayai mangsa meninggal dunia kerana diserang sakit jantung,” katanya.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI