fbpx

KDA FC harap peminat lebih ‘gila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI memikul tanggungjawab besar untuk mengembalikan kegemilangan KDA FC dalam saingan bola sepak di negara ini. – FB KDA FC

PEMILIK Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar meminta kerjasama penyokong kelab itu untuk turut serta bersamanya melakukan ‘kerja gila’ bagi melihat kebangkitan semula pasukan pada 2023.

Beberapa transformasi yang dilakukan termasuk melantik Nafuzi Zain sebagai pengendali pasukan baharu, Dr. Mohd Daud merasakan segala usaha keras pihak pengurusan mungkin tiada makna jika tanpa sokongan ‘pemain ke-12’.

“Teruskan ‘kegilaan’ anda menyokong kelab dan pasukan ke­sayangan anda seperti mana saya juga ‘gila’ mengambil tanggungjawab sebagai pemilik baharu sebuah pasukan yang mempunyai legasi yang berat dan dalam.

“Sama-sama kita teruja dalam kegilaan kita yang positif. Ba­nyak pencapaian hebat atas dunia berlaku dari kegilaan impian dan juga usaha juang,” katanya.

Reaksi itu hadir selepas mendapati keterujaan peminat terhadap kad keahlian Sang Kenari yang mendapat sambutan baik daripada penyokong setia Helang Merah.

Selain tiga pas bermusim iaitu pakej Platinum, Gold dan Bronze, KDA FC juga turut memperkenalkan pas bermusim keluarga Sang Kenari dan tiket keluarga Sang Kenari.

“Sambutan penyokong yang luar biasa dan kegilaan memun­cak. Bagi pihak KDA FC, saya ingin menzahirkan rasa terharu atas sokongan kepada pelancaran kad keahlian Sang Kenari.

“Sokongan dan partisipasi anda ibarat saluran oksigen kepada kelab kita. Sama-sama kita tolong-menolong. Kegemilangan dan sorakan meriah di setiap perlawanan bermula dari soko­ngan dan partisipasi anda semua,” katanya.

Ketika ini, KDA FC dalam persiapan akhir sebelum menghadapi perlawanan pemanas badan menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Jumaat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI