fbpx

EPMB, TSG kerjasama bangunkan infrastruktur bateri EV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Urusan TSG, Ahmad Sazree Abd. Aziz (dua dari kiri) dan Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah menunjukkan dokumen perjanjian yang ditandatangani di Kuala Lumpur, hari ini.

PETALING JAYA – Syarikat tersenarai di pasaran utama Bursa Malaysia, EP Manufacturing Berhad (EPMB) menjalin kerjasama bersama anak syarikat Tenaga Nasional Berhad untuk melancarkan stesen pertukaran bateri dan infrastruktur berkaitan di seluruh ASEAN, termasuk Malaysia.

EPMB melalui anak syarikat milik penuhnya, EP Blueshark Sdn. Bhd. menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Tenaga Switchgear Sdn. Bhd. (TSG) hari ini untuk meneroka peluang bagi menyetempatkan pengeluaran bateri dan stesen tukar bateri di peringkat serantau.

Kedua-dua pihak juga akan meneroka peluang untuk menyatukan stesen pertukaran bateri dan rangkaian infrastruktur di pasaran yang disasarkan, serta meneroka peluang membangunkan stesen tukar bateri melalui rangkaian TSG di rantau ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Lim Sim Yee berkata, pihaknya sedang berusaha melancarkan perniagaan kenderaan elektrik (EV) dua roda secara komersial di Malaysia dan ke negara-negara ASEAN lain.

“Untuk menjalankan perniagaan ini tanpa gangguan, kami memerlukan infrastruktur stesen pertukaran bateri yang dibina dengan baik di pasaran sasaran,” katanya dalam satu kenyataan.

TSG, yang diperbadankan pada 1994 terlibat dalam pembuatan alatan suis voltan sederhana dan tinggi di Asia Tenggara bagi sistem pengagihan elektrik dan turut menerokai produk peralihan tenaga termasuklah pengecas EV arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC), serta infrastruktur pertukaran bateri.

EPMB turut bekerjasama dengan syarikat teknologi antarabangsa, Sharkgulf Technologies Group Limited untuk mengeluarkan, memasang dan mengedarkan EV dua roda berkuasa bateri di Malaysia dan seluruh rantau ASEAN. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI