fbpx

Bekas pengetua sekolah dituduh laku amang seksual, aniaya pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli (kiri) menghadapi 13 pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pengetua sekolah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 13 pertuduhan melakukan komunikasi seksual, amang seksual fizikal dan memperkosa pelajar perempuan.

Tertuduh, Rosli Abd. Rahman, 58, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Othman.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan komunikasi secara seksual selain melakukan amang seksual fizikal dan memperkosa mangsa yang berusia 16 tahun ketika kejadian.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di beberapa lokasi di sekitar daerah ini dan Marang pada November 2020 hingga November 2021.

Rosli berdepan lima pertuduhan di bawah Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan dan empat pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Selain itu, tertuduh juga didakwa atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 11(a) dan masing-masing satu pertuduhan di bawah Seksyen 14(c) serta Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sekiranya sabit kesalahan, Rosli boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI