fbpx

PKNS lancar kediaman Intana Ria 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik projek Intana Ria 3 yang lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi memenuhi permintaan pembeli hartanah.

PETALING JAYA – Perbada­nan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melancarkan kediaman bertingkat mampu milik terbaharunya, Intana Ria 3 di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Menggunakan reka bentuk pembangunan yang berorientasikan keluarga, berkepadatan rendah, kebolehhunian dan privasi, kediaman berharga RM399,000 hingga RM423,000 itu menyasarkan kepada golongan muda serta profesional.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, melalui nilai pemba­ngunan kasar Intana Ria 3 yang melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM78 juta itu, ia merupakan projek harta­nah setinggi 13 tingkat dengan 200 unit kediaman yang dibina di kawasan seluas 1.14 hektar.

“Pemilikan rumah menjadi keutamaan PKNS sebagai sebahagian daripada pembangunan di Selangor dan projek Intana Ria 3 mewakili komitmen PKNS ke arah menyediakan kediaman mampu milik buat penduduk Bangi dan kawasan sekitarnya.

“Kehadiran kami membangunkan Bangi telah menjangkau 25 tahun dan ini merupakan salah satu kisah kejayaan PKNS dalam pembangunan perbandaran,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai projek Intana Ria 3 itu, setiap unit kediaman akan mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik mandi serta peruntukan dua tempat letak kereta.

Projek tersebut turut dilengkapi dengan kemudahan lain seperti kolam renang, gimnasium luar, ruang musolla, bilik bacaan, dewan serbaguna dan taman permainan kanak-kanak. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI