fbpx

Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) mengadakan pertemuan bersama Dr. Vivian di Perdana Putra petang tadi.

PUTRAJAYA – Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura terus diperkukuh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Vivian Balakrishnan di Perdana Putra di sini petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau yang antara lain menjelaskan kedua-dua pemimpin saling bertukar pandangan dalam sesi pertemuan itu.

“Semasa kunjungan hormat tersebut, kami bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.

“Saya turut menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan bersama mencapai kemajuan dalam menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak secara komprehensif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI